Isnin, 10 September 2012

Pavlova Lagi...


Assalamualaikum...pavlova lagi sekali..ni baru dapat amik gambar banyak sikit sebab buat utk family...kali ni bentuk dah ok sikit sbb saya dah pernah buat hr tu kita ada pengalaman la..meh layan resepi lagi sekali:

Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )

  • 4 biji putih telor ayam
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • bahan-bahan topping :
  • Secawan @ 250 ml whipping cream
  • hiasan : saya guna anggur n mangga n kiwi

Cara-cara

  1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah
  2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya guna suhu 110 darjah celsius
  3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
  4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
  5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
  6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"
  7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
  8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
  9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya
  10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
  11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
  12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
  13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda..


close up sikit...

susun buah2 tu nampak cantik jugak drp berselerak je..


Rasa pavlova ni best jugak...base yang manis, krim yang lemak2 dan buah2an yang masam...kalau gabung semua dalam mulut mmg best.. adik beradik pun suka kiranya boleh la buat lagi kalau ada permintaan...huhu...ok selamat mencuba...


eh, ada gak gambar dh potong adik saya amik...huhu







Jumaat, 10 Ogos 2012

Coklat Chip



Assalamualaikum... hari ni buat cookies utk hari raya ni..cookies ni 1st time buat raya 2 tahun lepas... raya tahun lepas saya mabuk, jadi tak buat la cookies ni..tahun ni nak buat jenuh la cari resepi mane dulu pakai..this year, terus update kat blog supaya senang sikit nak refer...nanti bila qaisarah besar, dia pun boleh refer...hhiihi.. Cookies ni mmg best, n rangup ...saya tambah 1 sudu kecik empleks...empleks ni untuk rangupkan cookies... Sebenarnye ada 2 resipi lagi lak try nanti, Biskut alamanda (tgk kat masam manis), dan almond tuille... nanti2 ada masa nak buat ... macam best je..Okeh tgk resipi dulu..........amik kat myR...

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )

  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Choc_chip_cookie_1
     Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Choc_chip_cookie_2
     Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...



Cookies in jar...



Rangup...




Okeh selamat mencuba............

Ahad, 29 Julai 2012

Iftar hari ke 9....Ketam bercili...

Alaaa....terdelete la pulak gambar....nak amik kat mane ni..huhu.. Oklah, dipendekkan cerita, ketam bercili ni special dia kat last sekali pecahkan telur dalam sambal...telur akan hancur, bercampur2...pastu bila makan nanti telur tu dah rasa macam isi ketam je...harus cube ni geng...huhu..meh tgk resepi..Assalamualaikum..


Bahan-bahan ( 2 )

  • 4 ekor ketam bunga , digaram dan dkunyit..
  • 10 - 20 tangkai cili kering (dikisar)
  • Bawang merah dan bawang putih serta halia
  • 2 biji telur 
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak

Cara-cara

  1. panaskan minyak masak,goreng ketam  dan angkat.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (goreng ketam tadi,tumis cili yang telah dikisar bersama bawang merah, putih dan halia
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tumis sehingga kering,masukkan ketam
  5. Setelah sebati, masukkan telur dan gaul bersama sehingga sebati dengan ketam cili tadi..Telur tu nanti akan rasa seakan2 isi ketam,best sangat..


Ada je gambar yg selamat...

Bile tgk gambar, semua bahagian kaki ketam ni...badan tak nampak dah ghupanye...

Ada la gambar sesikit yg nampak bada,huhu

Okeh...selamat mencuba..

Sambal ketuk ...

Assalamualaikum...ni resepi dr mertua...orang johor panggil sambal ketuk..suami saya suka ni..kalau masak ape2 yang kurang pedas, macam masak lemak putih ke...boleh la buat peneman ni...senang je buatnye...Cili padi, ikan bilis dan bawang putih...goreng je semua , pastu tumbuk...(katanye utk tahan lama goreng la dulu, so leh buat byk2 la, simpan dlm petiais...nak makan amik je...hihi)...resepi nye tak banyak, tgk jelah gambar..:)

Cili padi, Ikan bilis, bawang putih...semua goreng...


Pastu tumbuk je semua...makan ngan nasi...best...
Selamat mencuba..........

Dessert utk iftar....Triffle best..


Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • Lapas A
  • 1 gulung kek swiss roll perisa pandan (ikut citarasa sendiri-coklat pun blh)
  • Lapis B
  • 1 tin fruit cocktail - sy guna fruit cocktail dan plum (asingkan air dan buah)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula
  • 1 tin susu sejat
  • Lapis 3
jelly perasa strawberry - jenama nona

Cara-cara

  1. Potong dan susunkan kek swiss roll ( Buat jadi satu lapisan).
  2. Tuangkan sedikit air dari fruit cocktail supaya kek tu jadi lembap sedikit. ketepikan- dah jadi lapis A
  3. Di dalam periuk, dengan api yg sederhana, Campurkan tepung kastad, gula dan susu sejat. Kemudian masak sehingga pekat dan sedikit likat
  4. Tuangkan campuran kastad diatas lapisan kek tadi. biarkan seuk dan keras sedikit - dah jadi lapis B
  5. Masakkan jelly - ikut arahan di kotak- tuang ke atas lapisan kastad yg dah sejuk tadi - pastikan sejuk ye, kalau tak bercampur dgn kasrad nti..kemudian ssun cocktail dan plum...
  6. Last sekali, sejukkan dalam fridge.




Iftar di rumah mummy...Ayam buttermilk..





Assalamualaikum....mcm omputeh je 'Buttermilk chicken' ...walhal ayam butter susu..hihi.. Officemate yang buat dulu pastu dia citer2 kat kitaorang maka terliur lah tekak2 yang sedang berpuasa pada hari itu termasuklah saya...pastu meluap2lah perasaan ingin mencuba..sampai ms nak berbuka rumah mak, mak saya pun bahagikan tugas suruh sy buat kari ayam...alaaaaa....tak nak lah mak...orang nak try resepi baru ni...(tapi cakap dalam hati jelah haha...) ... Tapi pastu sy cakap jugaklah kat mak sy tapi nak story pun 1 hal lagi maklumlah nama resepi ni omputeh...kene la explain panjang2 sikit..hihi.. 

Bila dah tibe waktunye, mcm biasa la adik beradik sy pelik sikit ...'ape bendanya ateh masak nih?..hihi...sebenarnya sy pun first time buat, ntah ape rasa tak tahu lah.. tapi masa berbuka hari dorang makan je...ok lah kot rasa dia..:) budak2 mungkin suka ayam ni, yg kakak2 tak tahu lah...pendapat masing2..aiman tak kisah..  Saya? saya suka........boleh tahan la sekali sekala tekak ni rasa lain dari yang lain kan..:P

Bahan-bahan ( Untuk 10 orang makan pun bole.. )


  • Ayam (potong kecik, amik bahagian isi je, goreng rangup ye dengan tepung jagung..)
  • 1 tin susu creamer sejat / evaporated creamer
  • 4 sudu  butter
  • Beberapa helai yang banyak daun kari (banyak lagi best bau dia)
  • Cili padi (dihiris & ikut suka byknya)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Mula-mula ayam diperap dengan garam secukup rasa dan sedikit halia dlm stengah jam. Lalu digoreng dgn tepung (tapi jgn overcook). Setelah siap ketepikan dulu...
  2. Panaskan kuali pas2 masukkan butter tadi. 
  3. Masuk kan daun kari yang banyak tu...kira2 4 tangkai - 5 tangkai 
  4. Masukkan susu sejat dan garam...kacau sampai likat
  5. Akhit sekali masikkan ayam yang telah digoreng.
  6. Tadaaaa..... Slamat mencuba pasti sedap.... Nyaman kaliah (ckp brunei)




Ni yang berkuah....


Ni yang kering....

Wokeh....selamatmencuba


Iftar......Sayur Lemak Putih....