Ahad, 29 Julai 2012

Iftar hari ke 9....Ketam bercili...

Alaaa....terdelete la pulak gambar....nak amik kat mane ni..huhu.. Oklah, dipendekkan cerita, ketam bercili ni special dia kat last sekali pecahkan telur dalam sambal...telur akan hancur, bercampur2...pastu bila makan nanti telur tu dah rasa macam isi ketam je...harus cube ni geng...huhu..meh tgk resepi..Assalamualaikum..


Bahan-bahan ( 2 )

  • 4 ekor ketam bunga , digaram dan dkunyit..
  • 10 - 20 tangkai cili kering (dikisar)
  • Bawang merah dan bawang putih serta halia
  • 2 biji telur 
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak

Cara-cara

  1. panaskan minyak masak,goreng ketam  dan angkat.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama (goreng ketam tadi,tumis cili yang telah dikisar bersama bawang merah, putih dan halia
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Tumis sehingga kering,masukkan ketam
  5. Setelah sebati, masukkan telur dan gaul bersama sehingga sebati dengan ketam cili tadi..Telur tu nanti akan rasa seakan2 isi ketam,best sangat..


Ada je gambar yg selamat...

Bile tgk gambar, semua bahagian kaki ketam ni...badan tak nampak dah ghupanye...

Ada la gambar sesikit yg nampak bada,huhu

Okeh...selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan