Jumaat, 10 Ogos 2012

Coklat Chip



Assalamualaikum... hari ni buat cookies utk hari raya ni..cookies ni 1st time buat raya 2 tahun lepas... raya tahun lepas saya mabuk, jadi tak buat la cookies ni..tahun ni nak buat jenuh la cari resepi mane dulu pakai..this year, terus update kat blog supaya senang sikit nak refer...nanti bila qaisarah besar, dia pun boleh refer...hhiihi.. Cookies ni mmg best, n rangup ...saya tambah 1 sudu kecik empleks...empleks ni untuk rangupkan cookies... Sebenarnye ada 2 resipi lagi lak try nanti, Biskut alamanda (tgk kat masam manis), dan almond tuille... nanti2 ada masa nak buat ... macam best je..Okeh tgk resipi dulu..........amik kat myR...

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )

  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Choc_chip_cookie_1
     Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Choc_chip_cookie_2
     Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...



Cookies in jar...



Rangup...




Okeh selamat mencuba............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan