Ahad, 30 Oktober 2011

Death by Choclate Cake...........Happy Birthday Danish, Dina & Alya


Assalamualaikum.......entry kali ni khas untuk birthday anak2 buahku Muhammad Danish Iman, Nur Alya Sabrina dan Amalia Nuradina... Buat birthday kat rumah mak sentul je, kek ni makan dengan aiskrim vanila... best juge makan aiskrim waktu tengari tu...menu lain ada uda saya buat laksa sebagai sampingan...malam pulak abg2 saya belanja makan seafoos kat Muara Ikan Bakar, Pelabuhan Klang...Jadi sungguh meriahlah birthday budak2 ni..hihi...ok tengok resepi ye..resepi ni amik dari myResipi...tq mrdayat



Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair - kita pakai susu full krim
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache** - kita adjust sikit....
  • 2 cwn non dairy whipping cream - kita pakai sekotak = 250 ml
  • 500g cooking chocolate - kita buat 250 gram je

  • nota : ganache tu ada lebih, lepas ni boleh kurangkan sukatan...
  • nota : loyang sringfoam tu kecik sikit, jadi lebihan tu letak kat cup , dapat la dalam 10 cup....
  • nota ni untuk rujukan kita dan anak2 untuk masa depan nanti....


Patung tu budak2 suka...comel kan..
Yummy......

Sabtu, 15 Oktober 2011

Blueberry Cheese Tart....step by step...

Assalamualaikum....cheese tart lagi...gian nak buat cheese tart ni lepas buat cadbury cheese tart hri tu..ni buat utk bawak gi umah mak sentul pulak..lepas ni plan nak wat fruit tart, custard peach tart...mcm2 lagi... kali ni kita tunjukkan step by step .. Layan gambar n resepi dulu ye..


Bahan-bahan ( ~ 35 biji ) -acuan yang ada kat umah ni je

  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling




Cara-cara

  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5.  Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.
  7. Filling - Pukul cream cheese,  gula hingga kembang.
  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  9. Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.Selamat mencuba...

Corak tu kita pakai coklat cair, rasa tak berapa cantik, lagi cantik pakai pewarna campur sikit adunan cheese dan corakkan...
































Ahad, 9 Oktober 2011

Cadbury Cheese Tart


Assalamualaikum....lama rasanye tak update blog ni...dah bersawang.:).. sejak mabuk2 ari tu masuk dapur pun tak boleh.. tp dah sihat ni, malas pulak nak update.. 
Cheese tart ni sebenarnye kita rasa mengidam nak makan, tu yang buat tu..pastu bila dah buat, kene simpan resepi utk rujukan akan datang, maklumlah dalam my resipi tu byk sangat resepi Cheese tart...jadi pasni rujuk sini jelah..
Resepi ni dr Myresipi...TQ myresipi




Bahan-bahan ( dapat 30 biji )

  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter  - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur 
  • Coklat Cadbury (Saiz kecil dipatah2)
  • Atau ape2 filing yg disukai....Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Cara-cara

  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5. Tartlet_before_cook
     Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.
  7. Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  9. Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.


Step by step....letak coklat cadbury tu sebab malas pulak nak cairkan cooking choclate...

Yummy...bg penggemar cheese tart..ni pun dah rasa gian nak buat lagi...barang2 dah stanby dah..