Jumaat, 27 Mei 2011

Roti Jala & Kuah Kari Daging


Assalamualaikum...pagi2 sabtu ni buat Roti Jala sebab ada lebih kari daging Kak Ila bagi semalam.. Paginye daging dah habis, tinggal kuah je..jadi kebetulan ada daging dalam peti ais, masuk lah kan...baru la sedap sikit bila ada daging..

Resepi ni dari Myresipi...TQ Tulip77

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sb susu tepung - Mas tak letak pun, takda stok..
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
  2. Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
  3. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari daging.


Ok selamat mencuba







Tiada ulasan:

Catat Ulasan