Jumaat, 27 Mei 2011

Happy Birthday Kak Fiza & Kak Lin......Blueberry Cheese Cakes


Assalamualaikum..Entry ni special untuk Kak Fiza & Kak Lin..Kek ni untuk sambutan birthday dorang semalam...Happy Birthday Kak Fiza & Kak Lin...Semoga dirahmati oleh ALLAH swt sehingga ke akhir hayat...Semoga berbahagia disamping keluarga..

Cheese Cake ni amek dari Myresepi...TQ Coconutice..


Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

  • :: BASE ::
    120 g Digestive Biscuits yang dikisar 
  • 100 g mentega cair
  • :: FILLING :: 
    (A)
    2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu - Mas guna full cream milk
  • (B) 
    250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih - Mas guna gelatin halal Nona
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon) - Mas guna vanila esen je, lemon takda

Cara-cara

  1.  BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
  2. Milk
     Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar
  3.  Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
  5. :: Variasi Satu :: 
    kalau nak oreocheesecake gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
  6. :: Variasi Dua :: 
    kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

Selamat Mencuba


Versi dah potong, masa ni kat ofis....gambar yang belum potong tu kat umah

Warna blueberry tu sebenarnye ungu, tapi dah dipengaruhi oleh kit kat, dia pun ikut jadi  warna coklat


Ni versi cupcakes.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan