Ahad, 9 Oktober 2011

Cadbury Cheese Tart


Assalamualaikum....lama rasanye tak update blog ni...dah bersawang.:).. sejak mabuk2 ari tu masuk dapur pun tak boleh.. tp dah sihat ni, malas pulak nak update.. 
Cheese tart ni sebenarnye kita rasa mengidam nak makan, tu yang buat tu..pastu bila dah buat, kene simpan resepi utk rujukan akan datang, maklumlah dalam my resipi tu byk sangat resepi Cheese tart...jadi pasni rujuk sini jelah..
Resepi ni dr Myresipi...TQ myresipi




Bahan-bahan ( dapat 30 biji )

  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter  - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur 
  • Coklat Cadbury (Saiz kecil dipatah2)
  • Atau ape2 filing yg disukai....Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Cara-cara

  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5. Tartlet_before_cook
     Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.
  7. Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  9. Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.


Step by step....letak coklat cadbury tu sebab malas pulak nak cairkan cooking choclate...

Yummy...bg penggemar cheese tart..ni pun dah rasa gian nak buat lagi...barang2 dah stanby dah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan