Sabtu, 15 Oktober 2011

Blueberry Cheese Tart....step by step...

Assalamualaikum....cheese tart lagi...gian nak buat cheese tart ni lepas buat cadbury cheese tart hri tu..ni buat utk bawak gi umah mak sentul pulak..lepas ni plan nak wat fruit tart, custard peach tart...mcm2 lagi... kali ni kita tunjukkan step by step .. Layan gambar n resepi dulu ye..


Bahan-bahan ( ~ 35 biji ) -acuan yang ada kat umah ni je

  • Bahan untuk Pastri:
  • 125g butter - bagi lembut sikit sebelum guna
  • 63g gula icing/ gula biasa di blend
  • 250g tepung gandum
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air
  • Bahan untuk Filling:
  • 250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Blueberry filling




Cara-cara

  1. Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  2. Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  3. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  4. Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.
  5.  Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  6. Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.
  7. Filling - Pukul cream cheese,  gula hingga kembang.
  8. Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  9. Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling.Selamat mencuba...

Corak tu kita pakai coklat cair, rasa tak berapa cantik, lagi cantik pakai pewarna campur sikit adunan cheese dan corakkan...
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan