Sabtu, 23 Jun 2012

Sambal Sotong


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 5 ekor sotong
  • 1 bj bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 senduk minyak masak
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan & disiang.
  2. Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
  4. Masuk sotong dan gaulkan rata. Masukkan garam & gula secukup rasa. Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali. Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan