...saya suka masak dan mencuba macam2 masakan...dan suka kumpul2 gambar masakan....dan simpan sebagai rujukan saya dan kawan2 nanti...terutamanya untuk permaisuri saya, Nur Qaisarah..mudah-mudahan anak ibu nanti pun suka memasak...kadang2 jadi, kadang2 tak jadi...biasalah kan..:)
Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
Masuk sotong dan gaulkan rata. Masukkan garam & gula secukup rasa. Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali. Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.
1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan
Bahan2: (Saiz 9x9) A: 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, sy guna biskut marie perisa kopi jenama Munchy) 500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja - sy tak celup pun..hihi
B: 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) 10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml 1/2 cawan gula halus 50gm butter ~ yg ni k.nor tambah- sy ikut je
Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter) Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Panaskan susu segar,padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw) Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong