Ahad, 24 April 2011

Meehun Goreng




Bahan-bahan ( 15org )

  • 400g mee hoon
  •  sotong secukupnye + sosej
  • 6 ulas bawang putih
  • 4sb sos tomato
  • 2sb sos cili
  • 1sb sos tiram
  • 5sb minyak masak
  • garam,gula & ajinomoto
  • 1/2sb cuka
  • 1 cawan air panas
  • kobis - hiris nipis2

Cara-cara

  1. Mee hoon direndam 20minit dan di toskan.  Bwang putih tumbuk lumat. Sotong & Sosej dipotong kecil
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih naik bau, Masukkan sotong & sosej, gaul rata. 
  3. Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,cuka,gula,garam & ajinomoto. Kacau lagi dan rasa apa yg kurang, adjust mana yg patut. Bila rasa dah cukup masukkan air panas.
  4. Dah menggelegak masukkan kobis dan mee hoon. Gaul biar semua sekata. Bila nmpak kering masukkan air sikit2 hingga mee lembut. Rasa jika ada yg terkurang leh adjust skit2 sbb rasa akan kurang bila tambah air.
  5. Bila rasa dah ok, masak mee hoon nih lagi 10 minit atau hingga nmpak gebu Gaul biar sekata. 
  6. Hias dgn daun bawang,bawang goreng & lada merah yg dipotong menyerong.
  7. *** Kalau nk mee nih pedas, lepas tumis bwg putih masuk pes lada 






Bubur Nasi



Bahan - bahan dan caranye

1. Setengah pot beras (dibersihkan)
2. Aip secukupnye...(lebih kurang 9 pot) - air memang kene banyak sangat
3. Rebus beras tu dengan kiub ayam...
3. Biasanya makan dengan ikan bilis, tapi saya suka telur hancur je...letak cili dan letak kicap sikit..kalau ada kacang lagi best..


Selamat mencuba....



Roti Sosej









Bahan2
1 ¼ cawan air
1 bj kuning telur
2 sdb gula
1 sdk garam
1/8 sdk lada sulah
3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
1 sdb yis segera
Sos, mayonis & oregano secukupnya....


Cara cara:

1. Masukkan semua bahan dalam BM
2. bila doh dah siap, keluarkan dan buat bentuk  yang diingini
3. Letakkan sos, mayonis & oregano
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu...selama 15 mint (mengikut oven masing2) ...
5. Selamat Mencuba.....


Assalamualaikum...