Sabtu, 23 Jun 2012

Sambal Sotong


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 5 ekor sotong
  • 1 bj bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 senduk minyak masak
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan & disiang.
  2. Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
  4. Masuk sotong dan gaulkan rata. Masukkan garam & gula secukup rasa. Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali. Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.






Blueberry Muffin...


Bahan-bahan ( 21 biji muffin cup / cupcake 40 biji )

  • 130 g mentega berkualiti
  • 125 g gula halus
  • 3 biji telur gread "B"
  • 250 g tepung gandum*
  • 10 g susu tepung*
  • 15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 130 ml susu sejat "IDEAL"
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Bluebery filling secukupnya

Cara-cara

  1. 1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. 2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit
  3. 3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4.  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5.  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan

















Cekodok Ikan Bilis....erkkk cekodok pun nak masuk entry ke??



Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 200 gm tepung gandum
  • sebiji telur
  • segenggam ikan bilis 
  • 1 biji bawang besar (potong dadu kecil2) dan cili untuk pedas sikit (cili blender je)
  • garam dan perasa secukupnya
  • minyak untuk megoreng
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan (kecuali minyak ye) ke dalam bekas, dan gaul hingga sebati
  2. masukkan air dan gaul lagi secukupnye 
  3. panaskan minyak dalam kuali,bila dah panas cucurkan lah adunan tadi
  4. goreng hingga kekuningan,sedap dimakan bersama sos @ cicah buatan sendiri
  5. sedap dimakan ketika masih panas









Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Cara_tpg
     Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.







Kek Lapis Cheese Persona


KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, sy guna biskut marie perisa kopi jenama Munchy)
500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja - sy tak celup pun..hihi

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml
1/2 cawan gula halus
50gm butter ~ yg ni k.nor tambah- sy ikut je

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter)
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong