Sabtu, 28 Mei 2011

Ikan Goreng Berempah (Resepi Terengganu) dan Carrot Susu Special


Assalamualaikum...menu hari ni..ikan goreng berempah.. ni 1st time buat biasanye ikan kita goreng je dengan kunyit & garam, tapi saje nak test resepi ni..best jugak sekali sekala rasa lain sikit makan ikan goreng, cicah pulak dengan air asam..makan dengan nasi putih panas je pun ok..tapi kita buat  sayur goreng sikit sebagai menu tambahan , Pastu minum dengan Carrot susu..saje nak habiskan carrot dlm petiais tu..ok jom kita tengok resepi mudah ni, amek kat Myresipi je...TQ azidazik..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 5 ekor ikan sardin (atau apa saje jenama ikan) - kita guna ikan mabong je
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar bawang besar (yg telah dikisar)
  • 1 sudu besar cuka - kita guna air asam  jawa 
  • sedikit belacan
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan (boleh gunakan cuka untuk membasuh ikan) dan dikelar.
  2. Gaulkan bahan2 hingga sebati.
  3. Sapukan bahan2 yang telah digaul tadi pada ikan. Goreng dalam minyak yang panas dengan menggunakan api yang sederhana.
  4. Bila dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.


 Selamat mencuba



Gambar sebelum goreng, kita perap sejam..


Carrot Susu Special 



Bahan-bahan

4 batang Carrot
Susu Full Cream 1 kotak (250ml) 
Susu pekat manis (secukupnya)
Air masak (secukupnye)

Cara-Cara

1. Potong carrot sederhana besar dan blenderkan
2. Tapiskan untuk asingkan hampas dan airnye (hampas buang ye,amek air je)
3. Masukkan susu full cream, air masak dan susu pekat secukupnye
4. Bubuh ais dan nikmatilah...

p/s: kalau buat sendiri boleh la buat pekat2...best


Jumaat, 27 Mei 2011

Nasi Goreng Seafood


Assalamualaikum...nasi goreng ni buat minggu lepas tapi baru update..biasanye kalau malas masak lauk, ataupun esoknye tak bawa bekal gi ofis, ini le resepi yang paling mudah dan cepat....

Ni resepi sendiri je..ape2 yang ada kat dapur tu letak..kadang2 sedap, kadang2 tak sedap pun..hihi

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2-3 sudu minyak
  • 1/2 labu bawang besar- dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia- dihiris
  • 1 kiub pati ayam
  • Sotong, udang secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak
  2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau dan kekuningan..
  3. Masukkan udang & sotong.....Masukkan nasi dan gaul rata.. Kemudian, masukkan kiub pati ayam yang dihancurkan.. gaul rata..
  4. Masukkan garam.. Gaul rata dan tutup api apabila nasi nampak berkilat dan terbit minyak..Selamat mencuba





Roti Jala & Kuah Kari Daging


Assalamualaikum...pagi2 sabtu ni buat Roti Jala sebab ada lebih kari daging Kak Ila bagi semalam.. Paginye daging dah habis, tinggal kuah je..jadi kebetulan ada daging dalam peti ais, masuk lah kan...baru la sedap sikit bila ada daging..

Resepi ni dari Myresipi...TQ Tulip77

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sb susu tepung - Mas tak letak pun, takda stok..
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
  2. Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
  3. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari daging.


Ok selamat mencuba







Happy Birthday Kak Fiza & Kak Lin......Blueberry Cheese Cakes


Assalamualaikum..Entry ni special untuk Kak Fiza & Kak Lin..Kek ni untuk sambutan birthday dorang semalam...Happy Birthday Kak Fiza & Kak Lin...Semoga dirahmati oleh ALLAH swt sehingga ke akhir hayat...Semoga berbahagia disamping keluarga..

Cheese Cake ni amek dari Myresepi...TQ Coconutice..


Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

  • :: BASE ::
    120 g Digestive Biscuits yang dikisar 
  • 100 g mentega cair
  • :: FILLING :: 
    (A)
    2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu - Mas guna full cream milk
  • (B) 
    250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih - Mas guna gelatin halal Nona
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon) - Mas guna vanila esen je, lemon takda

Cara-cara

  1.  BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
  2. Milk
     Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar
  3.  Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
  5. :: Variasi Satu :: 
    kalau nak oreocheesecake gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
  6. :: Variasi Dua :: 
    kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

Selamat Mencuba


Versi dah potong, masa ni kat ofis....gambar yang belum potong tu kat umah

Warna blueberry tu sebenarnye ungu, tapi dah dipengaruhi oleh kit kat, dia pun ikut jadi  warna coklat


Ni versi cupcakes.....

Selasa, 17 Mei 2011

Ikan Bakar Ala Restoran Sekinchan


Assalamualaikum...baru2 ni makan ikan bakar kat Sekinchan Restoran..Sedap ikan bakar kat sana, dia sira dengan sambal sebelum bakar..Masa tu order ikan pari bakar & sotong bakar..  Pastu jalan2 kat Myresepi jumpa resepi ni...tapi tu lah tak ingat empunye resepi.. Uniknye resepi ni, sambal dia masak dulu, pastu letak atas ikan , then baru bakar... Yang namanye ala sekinchan tu sebab sambal sira tu je...hihi...rasa nye tak tahu lah...bagi kita sedap je dua2 pun..boleh je mencuba kan...

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )

  • 1 ekor ikan (bawal/merah) - Mas pakai ikan kembung, sotong dan udang
  • 1 serai-diketuk
  • daun limau purut-dihiris
  • air asam jawa
  • daun pisang dan aluminium foil
  • bahan2 kisar:-
  • @5 cili merah
  • @5 cili kering
  • @5 cili api
  • @5 biji bawang merah
  • @3 ulas bawang putih
  • @3 batang serai
  • @garam

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
  2. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
  3. bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian. - Mas bakar dalam oven je...
  4. hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.






Isnin, 16 Mei 2011

Daging Masak Sambal




Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 300gram daging 
  • *10 biji cili kering
  • *1 biji bawang putih
  • *2 biji bawang merah
  • *1/2 inchi halia
  • 1 biji bawang besar -hiris bulat
  • 1 cawan air asam jawa
  • gula, garam dan perasa sekucupnya
  • Serai

Cara-cara

  1. rebuskan cili kering, potong dulu supaya biji cili keluar
  2. selepas rrebus cili, kisarkan bersama bahan2 bertanda *
  3. panaskan minyak dalam kuali, goreng dulu kentang , angkat dan tumiskan bahan2 yang di kisar tadi hingga naik bau
  4. setelah itu masukkan daging dan air asam jawa
  5. klecilkan api, biarkan dalam 15-20 minit, kalau kering tambahkan air asam jawa lagi hingga daging empuk
  6. bila dah empuk, masukkan kentang dan bawang besar, garaam dan perasa , gaul sebati, kemudian masukkan gula secukup rasa



Jumaat, 13 Mei 2011

Nasi Ayam Madu



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi




Ahad, 8 Mei 2011

Choclate Cheese Cake





Bahan-bahan 

  • Adunan coklat
  • 180g mentega
  • 170g gula kaster
  • 3 biji telur
  • 20g serbuk koko
  • 120g tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • Adunan cheese
  • 250g cream cheese
  • 60g gula kaster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh essen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul butter and gula.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak.
  4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan-bahan adunan cheese hingga kembang.
  5. Masukkan adunan coklat selang dengan adunan cheese kedalam cup
  6. Bakar di oven 160 deg C selama 60 mins atau kukus sehingga masak. 


Selamat Mencuba ...........





Puding Roti



  • BAHAN A 
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)  - kita guna gardenia
  • BAHAN B 
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • kismis secukupnya
        CARA - CARA
  • Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  • Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  • Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge. 


Selamat Mencuba.........